Wednesday, July 1, 2015

KARIPAP DI BULAN RAMADAN

"Ramadan tiba ramadan tiba marhaban ya ramadan marhaban yang ramadan....."

Sapa tahu lagu ni? Antara lagu Ramadan yang aku minat sebab genre lagu ni menunjukkan yang kita HAPPY sangat nak masuk bulan Ramadan. Hari ni 1 Julai 2015 bersamaan 14 Ramadan. Wah dah nak masuk separuh Ramadan dah. So reader reader sekalian(kalau ada lah) berapa dah posa? Posa jangan tak posa. Memandangkan tahun ni dah masuk tahun kedua aku berpuasa di perantauan so aku nak cerita betapa aku merindui Malaysia.Selain dari aku rindu sangat kat family aku aku juga merindui makanan kat Malaysia or more spesifik kat Tawau.(kepimpinan megara Malaysia je aku tak rindu) Sedapppppp ooooo.Korang kalau bulan Ramadan suka makan apa? Aku antara menu wajib adalah mee goreng mak aku,karipap,keropok lekor dan air buahhhhh. Subhanallah Alhamdulillah sedapnyaaaaa. Tapi kat sini memang mimpilah kalau nak makan semua tu. Kalau ada orang jual pun rasa macam tak berbaloi. MAHALLLL. Tapi aku tak salah kan dorang. Yelah logik la dorang jual mahal sebab dorang bukan saja jual tenaga tapi dorang jual juga masa study dorang.(bukan sebab GST tau) Kalau masa ni tak da apa yang  boleh beli tau. Mahal mengalahkan emas. Bukti dia kalau emas kita kalau nak boleh je dengan mudah-mudah g kedai emas beli satu asalkan ada duit. Tapi kalau masa ko bagilah berapa pun duit, korang pergilah ke pelosok dunia mana sekali pun tak de orang jual masa tau. Kalau ada bagi tau sikit. Aku nak beli.

Ok ok stop membebel. Actually aku nak kongsi sikit jenis-jenis kuih yang aku belajar buat sempena Ramadan ni.. Yelah aku ni kalau ikutkan malas gila nak masak tapi nak makan sedap-sedap dan murah. So nak tak nak kena jugalah kerah tenaga untuk masuk ke dapur untuk mencuba resepi-resepi daripada cik google. Resepi pertama adalah KARIPAP FROZEN.Kenapa aku suka frozen sebab aku sangat suka makan karipap. Kalau boleh  nak makan hari-hari tapi tak larat nak buat setiap hari. Penat kot buat karipap ni. Especially part nak wat doh da tu. Tu tak kira lagi part nak roll kan dia Penatttttttt. Lenguh tangan ku yang ketiadaan muscle ni. So jum aku kongsi sikit cara nak buat ikut apa yang aku tahu.

bahan-bahan:
-2 cawan tepung gandum
-1/2 cawan air sejuk
-3 sudu makan mentega dicairkan
-sedikit garam
-setengah senduk nasi tepung beras *yang ni optional tau kalau tak nak pun tak pe, aku suka letak coz nak bagi dia keras sikit.rangup gituuuuu*

Untuk inti ikut koranglah nak buat apa. Kalau aku aku suka inti kentang masak kari. Selain dari sedap dan pedas,(kalau aku masak jarang tak pedas.kesian budak rumah aku) kalau inti kentang  ni senang sikit na kelim karipap tu sebab dia kering.

cara membuat:
-gaul tepung gandum dengan secubit garam
-lubangkan bahagian tengah dan tuangkan marjerin yang telah dicairkan
-gaul dan uli sehingga rata menggunakan tangan(kat sinilah melatih tangan untuk jadi sado)
-tuangkan air sejuk sikit demi sedikit sambil terus menguli sehinnga doh tidak meletak pada tangan.
-kemudian roll kan doh tadi dan tekap supaya jadi bulat dan masukkan lah inti.
-goreng menggunakan minyak kecil

kalau nak frozen:
-susun  karipap tadi berpisah-pisah bagi mengelakkan mereka melekat antara satu sama lain
-masukkan dalam frezer dalam 5 ke 6 jam.
-kemudian baru boleh di letakkan dalam  satu bekas. Masa ni nak letak karipap tu bersentuh antara satu sama lain pun tak pe sebab bila dia dah beku dia tak melekat dah
-bila nak goreng, defroze dia dalam 15 miit macam tu. Masa defroze tu pastikan asingkan dia satu-satu sebab kalau tak nanti dia akan melekat dan bentuk dia akan rosak masa nak goreng tu.

SO SIAPPPPP

-tips nak elak klim tu terbuka sapu tempat kelim dengan air masa(air masak tau bukan air paip) dan lagi better kelim sendiri guna tangan dari guna acuan(ye faham je masa first time buat tu memang buruk. Aku tak nafikan sebab aku punya memang buruk giler. Tapi kalau selalu buat mesti ada improvement.Percayalahhhhhh-Wah ala-ala lagu Dato' Siti  Nurhaliza gtu)

-tips nak goreng jadi rangup plak

  1. guna minyak yang banyak
  2. guna api yang kecil
  3. rajin balik-balikkan karipap (part ni memag leceh tapi pilihan di tangan anda. malas =karipap tak sedap.rajin=karipap sedap)
Itulah serba sedikit. Actually aku tak share apa-apa pun. Ni pun aku search kat google. Aku dulu sangat tak suka dan tak reti nak buat kuih-kuih ni sampailah ke tahun ni aku kempunan sangat.Yelah dah nak dekat 2 tahun aku tak jejak Malaysia. Rindu oooo.So nak tak nak kena lah juga buat kalau nak.Oklah ada je lagi resepi yang aku nak share tapi nanti-nantilah. Nak buka buku jap. Isnin minggu depan exam Surgery.Doakan lah ye. Aku  ni selalu kata nak jadi surgeon ortho tapi study macam  tak nak jadi doktor. Jangan kan nak jadi surgeon nak jadi general practitioner pun tak da dalam diri aku ni. Aduhhhhhh. Ada masa nak ngadu pasal nilah plak. Best apa mengadu kat blog. Ikut suka aku nak tulis apa. Next time nak tulis la kenapa aku suka blogging (walaupun 2 3 bulan sekali je aku update. poyo je kata suka blogging.) Masa up date  ni macam -macam idea datang nanti bila nak tulis blur terus. Aarrrggghhhh

Oklah(dah 2 kali oklah. Bila nak stop ni?) Selamat meyambut bulan Ramadan semua. Tak kisahlah anda muslim ke tidak sebab bagi aku kalau korang non muslim pun kalau bulan Ramadan kat Malaysia korang pun terasa kan?Tipulah kalau tak sebab masa kat bazar aku tengok korang pun  tak kurang hebat beli makanan.Hehehhe tak pe kita hidup sama-sama, hormat menghormati dan  berkongsi tu kan best.Macam kami jugalah bila tiba tahun baru cina kita orang pun sibuk g beli limau hahahah. Sedapnya limau mandarin.

Salam terakhir. Salam Ramadan. Banyakkan ibadah k.Kurangkan makan dan tido. Biar lepas ramadan semua slim-slim belaka. Badan slim tapi jiwa kena gemuk dengan ibdah k. Selamat menjalani sesi persekolah di madarasah Ramadan.


Ramdan Kareem.

                                          
Lagu yang aku maksudkan kat atas tu

No comments:

Post a Comment