Wednesday, July 1, 2015

KARIPAP DI BULAN RAMADAN

"Ramadan tiba ramadan tiba marhaban ya ramadan marhaban yang ramadan....."

Sapa tahu lagu ni? Antara lagu Ramadan yang aku minat sebab genre lagu ni menunjukkan yang kita HAPPY sangat nak masuk bulan Ramadan. Hari ni 1 Julai 2015 bersamaan 14 Ramadan. Wah dah nak masuk separuh Ramadan dah. So reader reader sekalian(kalau ada lah) berapa dah posa? Posa jangan tak posa. Memandangkan tahun ni dah masuk tahun kedua aku berpuasa di perantauan so aku nak cerita betapa aku merindui Malaysia.Selain dari aku rindu sangat kat family aku aku juga merindui makanan kat Malaysia or more spesifik kat Tawau.(kepimpinan megara Malaysia je aku tak rindu) Sedapppppp ooooo.Korang kalau bulan Ramadan suka makan apa? Aku antara menu wajib adalah mee goreng mak aku,karipap,keropok lekor dan air buahhhhh. Subhanallah Alhamdulillah sedapnyaaaaa. Tapi kat sini memang mimpilah kalau nak makan semua tu. Kalau ada orang jual pun rasa macam tak berbaloi. MAHALLLL. Tapi aku tak salah kan dorang. Yelah logik la dorang jual mahal sebab dorang bukan saja jual tenaga tapi dorang jual juga masa study dorang.(bukan sebab GST tau) Kalau masa ni tak da apa yang  boleh beli tau. Mahal mengalahkan emas. Bukti dia kalau emas kita kalau nak boleh je dengan mudah-mudah g kedai emas beli satu asalkan ada duit. Tapi kalau masa ko bagilah berapa pun duit, korang pergilah ke pelosok dunia mana sekali pun tak de orang jual masa tau. Kalau ada bagi tau sikit. Aku nak beli.

Ok ok stop membebel. Actually aku nak kongsi sikit jenis-jenis kuih yang aku belajar buat sempena Ramadan ni.. Yelah aku ni kalau ikutkan malas gila nak masak tapi nak makan sedap-sedap dan murah. So nak tak nak kena jugalah kerah tenaga untuk masuk ke dapur untuk mencuba resepi-resepi daripada cik google. Resepi pertama adalah KARIPAP FROZEN.Kenapa aku suka frozen sebab aku sangat suka makan karipap. Kalau boleh  nak makan hari-hari tapi tak larat nak buat setiap hari. Penat kot buat karipap ni. Especially part nak wat doh da tu. Tu tak kira lagi part nak roll kan dia Penatttttttt. Lenguh tangan ku yang ketiadaan muscle ni. So jum aku kongsi sikit cara nak buat ikut apa yang aku tahu.

bahan-bahan:
-2 cawan tepung gandum
-1/2 cawan air sejuk
-3 sudu makan mentega dicairkan
-sedikit garam
-setengah senduk nasi tepung beras *yang ni optional tau kalau tak nak pun tak pe, aku suka letak coz nak bagi dia keras sikit.rangup gituuuuu*

Untuk inti ikut koranglah nak buat apa. Kalau aku aku suka inti kentang masak kari. Selain dari sedap dan pedas,(kalau aku masak jarang tak pedas.kesian budak rumah aku) kalau inti kentang  ni senang sikit na kelim karipap tu sebab dia kering.

cara membuat:
-gaul tepung gandum dengan secubit garam
-lubangkan bahagian tengah dan tuangkan marjerin yang telah dicairkan
-gaul dan uli sehingga rata menggunakan tangan(kat sinilah melatih tangan untuk jadi sado)
-tuangkan air sejuk sikit demi sedikit sambil terus menguli sehinnga doh tidak meletak pada tangan.
-kemudian roll kan doh tadi dan tekap supaya jadi bulat dan masukkan lah inti.
-goreng menggunakan minyak kecil

kalau nak frozen:
-susun  karipap tadi berpisah-pisah bagi mengelakkan mereka melekat antara satu sama lain
-masukkan dalam frezer dalam 5 ke 6 jam.
-kemudian baru boleh di letakkan dalam  satu bekas. Masa ni nak letak karipap tu bersentuh antara satu sama lain pun tak pe sebab bila dia dah beku dia tak melekat dah
-bila nak goreng, defroze dia dalam 15 miit macam tu. Masa defroze tu pastikan asingkan dia satu-satu sebab kalau tak nanti dia akan melekat dan bentuk dia akan rosak masa nak goreng tu.

SO SIAPPPPP

-tips nak elak klim tu terbuka sapu tempat kelim dengan air masa(air masak tau bukan air paip) dan lagi better kelim sendiri guna tangan dari guna acuan(ye faham je masa first time buat tu memang buruk. Aku tak nafikan sebab aku punya memang buruk giler. Tapi kalau selalu buat mesti ada improvement.Percayalahhhhhh-Wah ala-ala lagu Dato' Siti  Nurhaliza gtu)

-tips nak goreng jadi rangup plak

  1. guna minyak yang banyak
  2. guna api yang kecil
  3. rajin balik-balikkan karipap (part ni memag leceh tapi pilihan di tangan anda. malas =karipap tak sedap.rajin=karipap sedap)
Itulah serba sedikit. Actually aku tak share apa-apa pun. Ni pun aku search kat google. Aku dulu sangat tak suka dan tak reti nak buat kuih-kuih ni sampailah ke tahun ni aku kempunan sangat.Yelah dah nak dekat 2 tahun aku tak jejak Malaysia. Rindu oooo.So nak tak nak kena lah juga buat kalau nak.Oklah ada je lagi resepi yang aku nak share tapi nanti-nantilah. Nak buka buku jap. Isnin minggu depan exam Surgery.Doakan lah ye. Aku  ni selalu kata nak jadi surgeon ortho tapi study macam  tak nak jadi doktor. Jangan kan nak jadi surgeon nak jadi general practitioner pun tak da dalam diri aku ni. Aduhhhhhh. Ada masa nak ngadu pasal nilah plak. Best apa mengadu kat blog. Ikut suka aku nak tulis apa. Next time nak tulis la kenapa aku suka blogging (walaupun 2 3 bulan sekali je aku update. poyo je kata suka blogging.) Masa up date  ni macam -macam idea datang nanti bila nak tulis blur terus. Aarrrggghhhh

Oklah(dah 2 kali oklah. Bila nak stop ni?) Selamat meyambut bulan Ramadan semua. Tak kisahlah anda muslim ke tidak sebab bagi aku kalau korang non muslim pun kalau bulan Ramadan kat Malaysia korang pun terasa kan?Tipulah kalau tak sebab masa kat bazar aku tengok korang pun  tak kurang hebat beli makanan.Hehehhe tak pe kita hidup sama-sama, hormat menghormati dan  berkongsi tu kan best.Macam kami jugalah bila tiba tahun baru cina kita orang pun sibuk g beli limau hahahah. Sedapnya limau mandarin.

Salam terakhir. Salam Ramadan. Banyakkan ibadah k.Kurangkan makan dan tido. Biar lepas ramadan semua slim-slim belaka. Badan slim tapi jiwa kena gemuk dengan ibdah k. Selamat menjalani sesi persekolah di madarasah Ramadan.


Ramdan Kareem.

                                          
Lagu yang aku maksudkan kat atas tu

Thursday, February 5, 2015

WINTER BREAK 2014

Kawan: Yam tak balik Malaysia ke?
Aku : Takkkk
Kawan:Jalan g mana-mana tak?
Aku :Tak
Kawan: Uish pencinta Mansurah tegar ko ni. Apasal tak balik Malaysia? Dah lama kot ko tak balik.
Aku : *hanya mampu tersenyum* May be aku tido je kot. Qada tido masa study week fifth year hari tu.



Tulah dialog aku paling famous before start winter break hari tu. Rasa setiap kali aku jumpa orang akan tanya soalan yang sama. Tak tahu nak jawab macam mana. Last-last jawapan yang boleh tutup mulut semua orang AKU TAK DA BAJET. Tapi entahlah ada juga yang tak percaya. Buat apalah aku nak  tipu.Tak de guna. Bukannya kalau aku tipu aku dapat bajet lebih. Actually aku boleh je nak balik Malaysia tapi bagi aku RM 2000 lebih untuk cuti just for 2 weeks memang sangat sangat mahal bagi aku.

Oklah tak kisahlah. Dah berlalu pun dengan jayanya cuti tu. Esok dah nak start kelas dah. So nak kongsi sikit apa aktiviti utama aku masa cuti ni. Ada dua main actvities aku. First pergi kat hospital dan pergi pameran buku kat Cairo.

Cerita pasal hospital dululah. Actually tujuan utama adalah nak settlekan buku log.Tapi sayang seribu kali sayang hanya dapat penuhkan tiga je part dalam buku log. Dua case kat delivery room dan satu kat out patient clinic. Operation theater(OT) tak dapat nak settlekan. Tapi dapat tengoklah banyak giler cesarean section. Patient kan on stress so doctor tak bagi sangat kita kacau patient. Ok nak cerita lah pasal give birth ni. Dulu selalu fikir nanti kalau tak tahan sangat tak nak la beranak normal.Nak beranak by c sec je. Hhhmmm tak de nya, sama juga, sakit juga.Masa patient dah masuk bilik OT tu doctor akan bagi patient  epidural anesthesia. Masa tu memang tengok patient kesakitan. Lepas tu kadang-kadang kalau patient banyak gerak memang susah nak dapat. So doctor akan cucuk banyak kali dan berapa banyak doctor cucuk sebanyak tu juga lah patient akan rasa sakit. Ada sorang patient ni dia may be tak tahan sakit kot. 3 kali kena cucuk baru dapat. 

Untuk epidural anesthesia ni doctor akan inject phenobarbitone kat spinal cord  space between L3 and L4 or between L4 and L5. Macam mana nak tahu site ni clinically? Macam ni doctor anesth  ajar( nak tambah doctor tu sangat cekap dan handsome you.Cair aku).Ok first-first kita kan cari anterior superior iliac spine (ASIS) dan space yang kita nak inject tu satu level dengan ASIS tu.So try rasa space between 2 bone. Haa kalau dah rasa itula space dia.

lebih kurang macam ni lah epidural anesthesia di lakukan

Lepas epidural injection selesai, patient akan lying down dan anesth akan examine patient punya sensation. Epidural ni patient akan separa sedar.Dia kan akan dibius dari abdomen sampai kaki je. So dia boleh borak-borak dengan orang lain. Tak silap kalau hospital swasta ada yang bagi husband masuk so boleh lah husband bagi kata-kata semangat kat isteri. Lepas tu doctor O&G akan take part. Simple je sebenarnya c sec ni.Kejap je. Yang lama bila nak jahit balik sebab kena pastikan tak da langsung oozing surface(kawasan yang berdarah),kena jahit uterus tu balik (take time juga) dan kena jahit kat luar tu balik. Serius rasa terharu sangat bila baby dah keluar dan nagis. Sedangkan aku yang tak da kaitan dengan baby pun rasa happy apatah lagi si ibu. Kegembiraan mengatasi kesakitan.

nilah apa yang aku tengok.So tak de cara bersalin yang mudah k.Sanyangi ibu kita.

Lepas patient dah selesai kat OT dorang akan di pindahkan ke satu bilik khas sebelum pindah ke ward biasa. Kat situ dorang akan wat trans abdominal block (TAB). Procedure ni dijalankan under ultrasound guided. Kita akan inject analgesic kat recti space(space between internal recti muscle and transverse recti).Masa ni patient tak rasa sakit pun even masa kita cucuk tu coz epidural anestethic masih ada. TAB ni nak bagi patient analgesic around 12-24 hours. 
Ni serba sedikit yang aku belajar masa kat OT.

Sekarang nak cerita plak pasal pameran buku atau kat sini lebih popular dengan gelaran MAARAD KUTUB. Tahun  ni g dengan Perubatan Cawangan Mansurah(PCM). Tahun ni dorang wat on 3 Febuari 2015. Haaa sebab ni jugalah aku decide tak nak g jalan. Actually aku ada je bajet nak bejalan. Tapi aku pilih tidak untuk bejalan sebab aku memilih untuk shopping kat maarad. Buku aku beli lebih dari apa yang aku rancang tapi bajet aku kurang dari yang aku sediakan. Hebat tak?Sebab aku jumpa satu booth yang jual buku terpakai.Oklah kan.Asal dapat baca. Tapi yang aku sedih dan little bit geram adalah kenapalah aku tahu kewujudan booth tu baru tahun ni?Kenapa tak dari tahun lepas lagi?Gerammmmm tak pa tahun depan inshaa Allah ada lagi.Aku akan duduk kat booth tu dari pagi sampai malam.

orang kata pameran buku ni antara yang terbesar di dunia. Aku tak pasti kesahihan dia tapi apa yang aku pasti memang puas kalau kat sana. Dengan syarat buku English dan Arab lah yang anda cari

Ok kita orang gerak dari Mansurah ke maarad kutub tu dalam pukul 8.30 pagi. Sampai sana dalam pukul 12.30 tengah hari. Sampai je semua cari tandas. Faham-faham jelah.Then solat dan makan bekal sikit.Kena bawa bekal sebab makanan kat sana mahal giler dan ramai giler orang. Nak menunggu tu sempat pengsan sebab hypoglycemia sangat. Kita orang ada lebih kurang 4 jam pusing-pusing. Aku spend time kat khemah buku medik dalm 2 jam lah. Lepas tu keluar g khemah buku terpakai.Aku serius nak gila kat booth buku terpakai tu. Rasa nak ambil jak semua buku. Tapi kena beringat jugalah. Kang tak de tambang aku balik Mansurah kang nanti. Tapi aku serius macam tak nak keluar. Sampai kawan aku yang jalan sekali dengan aku banyak kali suruh aku berhenti.Katanya dia tak tahan da penat ikut aku. Sorry guys. Aku memang macam ni kalau tengok buku murah.Lepas tu masuk plak booth darul salam.Booth ni menjual buku-buku yang majoriti penulisnya adalah ulama kat Arab Saudi. Tapi memandangkan aku ni tak reti arab aku beli yang dah di terjemah ke English je lah. Tahun ni sikit je buku yang dah di terjenamah.Sedihhhh.Tula sapa suruh tak belajar bahsa arab.ok lah nak kongsi sikit buku-buku yang aku beli dan page dia.

saja nak tahu lebih mendalam tentang poligami. Ni beli kat booth darul salam.
page=112

dari dulu aku memang kagum denga strategi perang cina dan aku percaya salah satu sebab cina hebat dalam perniagaan sebab mereka mengaplikasikan sttrategi perang dalam perniagaan.
page=170

suggested by kawan aku kat Malaysia, Anis.Dia pelajar medik kat UIA
page=599

dah lama aku cari buku ni. Dulu pernah ikut kelas agama.Ustaz tu guna buku ni tapi versi melayu lah tak pa kalau tak faham google translater kan ada.
page=421

ni penting time HO.Aku tengok most of HO ada oxford handbook ni kat poket dorang masa HO
page=776

aku fikir before ku start kerja aku mesti khatam buku ni sebab ramai orang kata jadi HO susah so aku nak jadikan kesusahan masa HO tu sesuatu yang aku enjoy
page=210

ni pun sama suggested by Anis kawana ku kat Malaysia.Buku yang paling mahal aku beli.
page=638

satu lagi oxford handbook.Aku cadang nak kumpul oxford handbook ni.
page=798

yang ni plak tak da sapa-sapa suggest tapi aku tengok ramai sangat orang beli so aku pun tertarik nak tahu yang best sangat dengan buku ni
page=318

the main reason aku beli sebab aku minta gila author ni.Tapi aku tak tahulah detail pasal dia.Aku tahu buku-buku di je.Setakat ni aku dah ada 3 buku tulisan dia
page=237

sama juga suggested by kawan kat Malaysia.Tapi memang ten teacher ni sangat popular lah
page obstetric=308
page gynecology=197

satu lagi buku tulisan steve harvey
page=226
*page tidak termasuk index k*

Lagi best dating dengan buku dari dating dengan orang.





Monday, December 1, 2014

BERKAT TAK HIDUP KITA?



SALAM semuaaaa
Hari ni nak jadi pentazkirah sekejap.Sebelum tu nak ingatkan aku nak bagi tazkirah bukanlah bermakna aku ni perfect or tak buat dosa.Aku juga manusia.Dalam dunia hanya nabi je yang maksum k.Aku ni manusia biasa so confirm-comfirm aku wat dosa dalam seharian aku.CONFIRM!!!!!.

Tadi pergi kelas agama.Haaa ni yang bestnya study kat Egypt ni.Ramai ustaz-ustaz yang nak kongsi ilmu dorang kat kita secara PERCUMA.Mana mau cari oooo.Kat Egypt ni sama je dengan mata wang dia.Kat depan ada tanda piramid dan sebelah pulak ada masjid.So pilihlah nak yang mana satu.Kalau nak jadi baik senang sangat kat Egypt ni.Pergi lah mana-mana kelas agama yang di anjurkan.Tak nak ustaz melayu or indon g ustaz arab.Ramai je.FREE OF CHARGE ok.Kalau nak jadi biasa-biasa senang je.Tak payah hiraukan semua peluang yang datang depan mata kita untuk jadi manusia yang lebih baik.Biarkan semua berlalu macam tu je. Macam angin.Tambah-tambah tak de parent nak bebel.Pandai-pandailah bawa diri.


Pilihlah nak jadi firaun yang mengaku dirnya tuhan atau ulama yang menjadi tetamu di rumah Allah.
PILIHAN DI TANGAN ANDA
(hopefully tak de yang marah k.kita sama je.aku cakap macam ni sebab inilah pendekatan yang aku diberikan oleh senior-senior yang sambut aku masa awal-awal sampai Egypt dan aku pegang sampai sekarang)

Oklah berbalik pada kelas agama tadi.Sekarang ni kita orang tengah usaha habiskan kitab BIDAYATUL HIDAYAH(Permulaan Jalan Hidayah) karangan AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI dan telah di terjemahkan oleh ABU ALI AL BANJARI AN NADWI(atau nama lain beliau adalah Ahamad Fahmi Zamzam). Hari ni alhamdulillah dapat habiskan adab-adab masuk ke tandas.Ok banyaklah ilmu yang ustaz tadi sampaikan.Banyak sangat kalau nak tulis kat sini semua.Apa yang dapat aku simpulkan antara adab-adab kita nak masuk dan semasa berada dalam tandas adalah seperti berikut:


  • masuk  guna kaki kiri dan mulakan dengan bacaan doa masuk tandas
  • kalau nak buang hajat tu kena pakai something untuk tutup kepala dan berkasut atau berselipar
  • jangan berhajat menghadap kiblat,matahari atau bulan dan jangan pulak membelakanginya
  • jaga aurat kita sebaik mungkin
  • sebaiknya jangan membuang hajat pada air yang bertakung,di dalam lubang dan di bawah pokok yang berbuah(tapi tulah benda ni susah nak elak sebab sekarang semua tandas ada air yang bertakung)
  • jangan membawa masuk sesuatu yang terdapat nama Allah dan Rasulullah ke dalam tandas.
  • akhir sekali keluar tandas guna kaki kanan dan baca doa keluar tandas macam yang kat atas tu.
Tu jela secara kasarnya.Nak tahu lebih lanjut kena baca kitab dia or hadir majlis agama. Hhhmm aku paling tertarik dengan persoalan yang dibawa oleh ustaz tu.Dia kata macam ni"Kenapa kita kena belajar semua adab-adab ni?Orang kafir tak belajar dan applikasikan adab ni ok je pun."Haaa kat situlah bezanya islam dan bukan islam.Islam ni penuh dengan adab.Kenapa kena belajar adab?Sebab......

KITA SENTIASA INGAT KAT ALLAH.

Yelah cuba kita fikir kalau kita tak  baca doa masa masuk tandas. Ada kita nak ingat Allah?Dalam tandas plak tu memang tak lah.Ini kalau aku lah.Korangkan warak-warak semua.setiap saat ingat Allah.Really inspired me.Lepas tu dengan mengingati Allah sentiasa ni dalam apa jua yang kita lakukan dalam sehari-hari menyebabkan hidup kita berkat.Masa kita berkat. Haaa cakap pasal berkat ni aku nak share sikit. Jum kita muhasabah diri sama-sama.

Kenapa orang dulu boleh tulis kitab dorang dalam masa sehari?Kenapa orang dulu macam banyak je masa dorang?Sedangkan dari dulu masa memang 24 jam.Walaupun kita ada perubahan panjang dan pendek waktu siang dan malam tapi secara totalnya tetap 24 jam.KENAPA?????Sebabbbbbbb MASA ORANG DULU-DULU BERKAT.Kita ni sekarang banyak benda dah tak berkat.Orang dulu-dulu kalau buat semua benda berkat.Pakai baju berkat,ambil wuduk berkat,belajar berkat, pendek kata semua bendalah berkat.Sebab tu doa mereka makbul.Minta je islam menang terus Allah kirimkan malaikat bantu di medan perang.KITA?????????? Ya Allah banyak sangat dah tak berkat.Tengok k antara benda yang dalam sehari-hari kita tanpa kita sedari dah hilang berkat dia:
  • Kita ambil wuduk tapi kita membazir.Macam mana nak berkat.Sebab tu lepas ambil wuduk pun still ada rasa malas nak beribadah.
  • Kita belajar agama tapi keluar je dari kelas agama terus buat benda-benda lagha.Banyak sangat duniawi.Macam mana nak berkat.Macam mana nak lekat ilmu tu sampai kita boleh guna untuk bela islam bila islam di hina.
  • Kita ada banyak baju sampai tahap bermewah-mewah tapi baju yang sama jugalah kita guna tidur,masuk tandas,jumpa Allah.Liat sangat nak melawa bila nak jumpa Allah.Macam mana nak berkat?Macam mana nak ada rasa indahnya berjumpa dengan Allah.
  • Kita kata nak guna phone dan teknologi sebab nak mudahkan kehidupan.Tapi lepas je bagi salam lepas solat terus cek mesej wasep.Tak delah nak duduk kejap wirid mengingati Allah. Macam mana nak berkat?Macam mana nak ada rasa indahnya zikir tu jika dibandingkan dengan lagu-lagu duniawi.
Macam-macam lagilah dalam kehidupan kita ni tanpa kita sedari dah hilang keberkatan dia.So jangan salahkan Allah bila doa kita lambat di makbulkan.Ulama-ulama dan para imam serta tak kurang juga para sahabat dan para tabi'in sangat berkat hidup mereka.Setiap nikmat yang Allah kurniakan digunakan dengan sebaik yang mungkin.KITA?TEPUK DADA TANYA IMAN.

Actually kalau di ikutkan aku tak layak pun nak bebel kat sini.Sepatutnya kena bebel diri sendiri dulu tapi tak pela kita sama-sama baiki diri k.Yelah mungkin ada di kalangan hamba Allah di luar sana yang nak join kelas-kelas agama macam aku tapi tak de masa(Haa ni pun satu. Kenapa kita tak pernah rasa masa cukup?Sebab tak berkat.Samalah dengan aku).So aku share lah sikit-sikit apa yang dapat.Oklah ni jelah for today.Jum layan kitab yang kami sedang usaha nak habiskan sekarang dan gambar ustaz yang sangatlah aku hormat.Setiap kali g kelas dia rasa sangat diri ini kotor dengan dosa.Oklah layannnnn


Nila kitab yang kami pelajari.Semoga menjadi saksi di akhirat kelak


Jum belajar.Aku pun baru nak start belajar ni


Nila dia ustaz tu.USTAZ JAMILUDDIN MURAT.Lepasan Yaman.Hhmmm banyak pengalaman dan ilmu dia ni 

LASTLY JUM PERBAIKI DIRI KITA K.
Semoga usaha kita tu jadi bukti di padang mahsyar yang kita dah berusaha menjadi hamba Allah yang bertakwa.Aminnnn

Sunday, November 30, 2014

Perjalanan Hidup JERAWAT Ku


Akulah SITI MARIAM BINTI TAHIR antara penghidap penyakit jerawat. Yes pimple or acne is one of the dermatological problem yang sangatlah common especially untuk remaja macam aku ni (Remaja kah?Tak dalah remaja sangat.Aku dah dewasa kot-ketawa besar kakak aku bila aku kata aku dah besar.For them I'm still kanak-kanak).Hari ni rasa nak cerita lah sikit macam mana aku boleh start dapat jerawat dan apa usaha yang aku dah buat selama hampir 9 TAHUN dah ni.

Ok actually dulu MUKA AKU MULUS K.FREE FROM ANY ACNE.Tapi itu dululah. Then bila dah masuk asrama mandi dengan kawan-kawan mula lah tertarik dengan pencuci muka kawan-kawan yang pelbagai rupa.Masa nak masuk asrama kakak aku dah pesan jaga muka.Jangan nak memandai-mandai tukar pencuci muka.Yelah dulu muka aku bersih kot sampai kakak aku jealous tengok muka aku yang mulus.Serius tak tipu. Tapi aku dengan BODOHNYA ikut kawan outing pergi beli pencuci muka clean and clear. Nak clear sangat kan haaaa ambik ko sampai sekarang muka ko tak boleh clear.Menyesal sangat bila fkir balik sebab dulu pakai pencuci muka fair and lovely je.Murah dan memang menjaga muka aku dari jerawat. Sekarang sebulan maintanance muka dah cecah puluhan ringgit.Tapi ada hikmah.Kalau aku tak de jerawat mesti aku takkan tahu kewujudan semua ubat yang bakal aku cerita kat sini.

Ok first-first masa dapat jerawat tak kisah pun.Serius tak kisah.Bagi aku lantak la ada orang yang lagi teruk muka dia ok je hidup dia.Bahagia je.Tak mati pun ada jerawat.Tapi sampailah satu tahap aku rasa tak selesa sebab banyak sangat jerawat dan jerawat batu plak tu.Orang kata nodular acne dah.Kalau ikutkan kena wat intralesional injection dah.Tapi masa tu mana lah aku reti semua benda tu.Korang tahu jerawat aku sampai ke tahap telekung aku tak pernah bebas dari darah jerawat.Asyik kena darah jerawat je.Aku fed up.Jumpa ustazah minta pendapat.Kena ke cuci telekung setiap hari?Lecehnyaaaaa.Dah la duduk asrama.Bukannya cuci guna mesin basuh.So ustazah kata aku dah masuk kategori DARURAT,DARURAT YOU ALL.Tuhan jelah tahu betapa teruknya muka aku time tu.Tapi yang aku bersyukur aku di kurniakan Allah satu perasaan tak rendah diri pun dengan muka aku yang teruk tu macam kawan-kawan aku yang lain.For me physical is not the something that show who you are but your attitude will show who you are.

So balik bermalam mengadu kat mak.Mak pun cadangkan lah macam-macam.Kakak aku pun sama.Macam-macam jenis ubat dorang suruh aku pakai.First ubat tu aku tak ingat sangat nama dia.Dia cream khas untuk jerawat.Tapi apa aku yang paling ingat adalah harga dia.RM 25.Mahalnyaaa.Yes mahal bagi aku yang masih  bergelar student.Nak dekat 4 tahun juga la aku pakai.Sampai satu hari mak aku kata stoplah.Macam tak de perubahan je.Tukar pegi ubat lain

Second ubat aku try adalah cream anti pimple jenama clean and clear.Aku pun pelik macam mana aku boleh guna brand ni lagi sedangkan brand nila yang mula-mula naikkan jerawat aku.Tapi tak lama, adalah dalam beberapa bulan.Still tak da perubahan.Serius masa tu fed up gila.Rasa nak biar je.

Bila masuk UIA kena satu bilik dengan kawan yang dalam usaha  nak hilangkan jerawat juga.Tengok dia pakai OXY.Dia kata kena pakai 5% dulu sebab kalau 10% takut kuat sangat.Masa tu tak percaya sangat dengan OXY ni sampailah satu hari teman kawan jalan-jalan.Jumpa promosi OXY.Murah gila.Dia one set.Orang tu kata memang kalau nak oxy tu berkesan kena pakai satu set baru berkesan.Then pakai.So third product aku adalah OXY.Pakai lah salam 3 tahun macam tu.

Bila sambung study kat Egypt manalah ada OXY kat sini.So before stock OXY nak habis kena cari pengganti.Tetiba masa stock OXY nak habis jerawat naik gila sampai satu tahap aku rasa sakit gila muka aku.Then  mengadu kat kakak.Dia kata  g cari DALACIN T.So fourth product aku DALACIN T.Yes memang berkesan gila.So amazing.Pakai dua malam dah hilang without any scar.Punya happy.Ingatkan dah jumpa la penawar yang aku cari selama ini.Hhhmm tak juga.Bila habis satu botol nak beli baru dah tak de.Seluruh Egypt aku cari.Last-last aku dapat tahu ubat tu dah removed from market due to side effect.Aku pun tak tahu apalah side effect dia.Tapi lojik juga la.Yelah dia kira kuatlah sebab satu-satunya yang mampu menentang jerawat aku dengan pantas. Tapi ingat guys drug yang kuat effect dia ni side effect dai pun jangan main-main.

So next carilah product lain.Pergi pharmacy minta suggestion.Dia suggest CLNDAMYCIN.So fifth product aku
CLINDAMYCIN.Boleh la clindamycin ni.Tapi tak delah bagus sangat.Pakai dalam lima botol macam tu dah tak nampak kesan dia.So berhenti.Cari lagi product lain.

Then satu pharmacist ni suggest erythromcin.Antibiotic k.Nak tahu lebih lanjut g search sendiri.Ok aku boleh cakap erythromycin ni paling berkesan selepas DALACIN T.So ERYTHROMYCIN is my sixth product.Hhhmm ramai juga la orang tegur muka dah ok.Hhmmm bukan ok sebenarnya tapi dah tua dah.Hormone dah stabil.So jerawat dah kurang.Tapi erythromycin ni aku boleh cakap berkesan sampai kakak aku minta kirim balik Malaysia.Berkesan sangat kalau untuk dia.

So total semua aku da pernah cuba enam jenis ubat.Hhhmm tengok bersungguh-sungguh tak aku.Actually aku tak kisah pun.Sebab aku tahu one day bila aku dah tua hilang lah tu.Sebab aku ni due to genetik.Ingat genetik memainkan peranan k.This is medical fact.Tapi tula bila ingat balik apa yang kakak aku pernah cakap aku rasa bersalah nak biarrrrrr je dia macam tu.Kakak aku cakap macam ni."Muka kita ni pinjaman dari Allah tau.Dia bagi kita cantikkkkkk je takkan kita nak pulangkan dalam keadaan yang penuh dengan jerawat batu?Cuba  kalau ko bagi pinjam orang barang.Masa ko bagi cantik je.Bila dia pulangkan buruk nak mampus.Apa perasaan ko?Suka?Macam tu juga Allah.Orang dah bagi pinjam cantik-catik tu jagalah" Hhhmm ambik sebijik kena kat muka aku.So start dari situ aku serius bab jaga kecantikan muka.Cantik di sini mean kekalkan kehalusan dan kebersihan ye.Bukannya make up ke,cukur kening ke or apa-apalah yang mengubah ciptaan Allah.Bagi aku apa yang Allah bagi kat aku ni dah sangat cantik dah.Kan Allah tu cantik dan sukakan kecantikan.So bagi aku apa jua ciptaan Allah adalah cantik.

Tapi tulah selama aku berusaha hilangkan jerawat ni satu la aku dapat konklusikan ubat yang paling berkesan nak atasi jerawat adalah JAGA KEBERSIHAN MUKA dan RAJIN. Dua benda nilah dulu aku paling malas nak wat.Macam mana yang di maksudkan jaga kebersihan muka dan rajin?Lain kali aku cerita.Oklah jum layan gambar product jerawat  aku yang latest.I mean yang aku guna masa sekarang ni la.

Nilah ERYTHROMYCIN yang aku cakap.Dia berbentuk solution.Lepas cuci muka sapu pada tempat yang ada jerawat.Berapa kali sehari tu ikut korang lah.Ini beli kat Egypt.Kalau tempat lain cari lah something yang main contain dia adalah erythromycin.Sama je tu
Ni plak pencuci muka.Aku  kalau pencuci muka ni sangatlah sensitif.Salah pilih memang naik jerawat.So aku bawa stok dari Malaysia.Sekali balik memang borong sampai 10 la.Bila beli kat kedai for sure orang padang-pandang aku sebab beli banyak sangat sampai pernah ada orang ingat aku nak jual balik.Memang tak lah.Aku bukannya suka bisnes.



Fokus part mak dia suruh dia pakai macam-macam produk untuk jerawat.Macam tu lah family aku.Aku bukan mak aku je dengan kakak-kakak aku sekali take part.

AND LASTLY ALL THESE THING STOP BECAUSE HORMONE IS STABLE ALREADY.
thanks mom for your effort to ensure my face is clean as possible

Saturday, November 29, 2014

Zawanah Dah Kahwinnnnnn

   

selamat pengantin baru dear

Yyeayyyy hari ini 29 NOVEMBER 2014 adalah satu hari yang sangat bermakna buat kawan aku bernama ZAWANAH ZARIFAH BINTI CHUMI. Haaa mungkin ada yang pelik dengan nama bapak dia  kan? Bapak dia muallaf lah. Actually today was her wedding. So sad I can't attend her wedding. For you guys punya info dia adalah kawan kita orang yang sama-sama membesar dari form one sampai form five yang first being a madam ok. Ada je sebelum dia tapi sama ada orang tu bukan dari form one dengan kita orang or dia dah keluar before dia habis form five dengan kita orang.

Ntah mungkin sebab kami rapat aku terasa sangat tak dapat attend majlis dia. Yalah kami ni bukannlah best friend sangat pun. Tapi boleh lah. Budak asrama la katakan. Satu batch kami kenal dan rapat. Haa benda ni only for budak asrama tau. Kalau sekolah harian boleh jadi satu batch tapi tak kenal. Itula ukuwah yang terbina kalau kita duduk asrama. 

Memandangkan aku nak sangat attend majlis dia aku pun buat-buatlah macam aku ni attend majlis dia. Kawan-kawan sekolah aku kata nak pakai baju tema hitam. So you guys tahu what I did today? At 7 pm waktu Malaysia ( 1pm waktu Egypt) which is masa majlis dia kat Malaysia aku dengan penuh semangat pakai baju tema hitam dan melawa-lawa seolah-olah aku nak g majlis dia. Sedih ooooo. Pastu wat sikit video untuk dia. Tak naklah share video tu sebab tak ada kepentingan punnnnn. Apa yang penting the content of the video just ucapan selamat for her and warning for her husband.Heheh tak dalah warning pun. Just minta dia be the best and the the great for he. Always make her happy. Tu je.

Lepas tu seharian suntuk aku dok menghadap gambar-gambar kawan aku yang dapat attend. Serius aku jeles tahap dewa. Tapi tak pa di sebalik jealous tu aku happy dan bersyukur satu kawan aku dah kahwin. Dah makin sempurna ibadah dia. Hmmm mungkin ada yang cakap apasal plak ibadah dia makin sempurna?Kenapa kalau tak kahwin tak sempurna ka?Haa meh aku cerita sikit.

Aku tak berapa nak ingat sapa imam yang aku baca ni. Tapi cerita dia lebih kurang macam ni.Imam ni dia di ajak lawan berdebat dengan seorang yang melawan agama. Debat punya debat akhirnya imam tu menang.(for surelah.Kan Allah dah janji sapa yang membela Islam pasti akan memang).So musuh islam  tu pun tak puas hati.So dia pun perangkap lah imam tu dengan cakap yang ibadah dia lagi bagus dari imam tu punya ibadah. Then imam tu tak menjawab malah dia mengiyakan.So orang ramai pun tak puas hati kenapa plak ibadah seorang imam yang mereka hormati tidak setanding dengan ibadah musuh islam ni. Lastly imam tu pun bagi tahulah ibadah si mush islam ni lagi bagus sebab dia tu dah berkahwin sedangkan imam tu belum. So itula dia sebabnya kenapa aku cakap ibadah Zawanah lagi sempurna dari ibadah aku.

Ok berbalik pada Zawanah. Aku pun send lah gambar aku berpakaian mengikut tema dan video selamat aku untuk dia melalui wasep.Korang faham-faham jela orang kalau dah kahwin tak denya ada masa nak g cek wasep. Inikan lagi nak membalas.Memang tak la.So aku pun bajet esok or lusalah la kot baru dia reply.Itu pun kalau dia reply. Tapiiiiii usai aku selesai solat isyak masuk mesej wasep. FROM ZAWANAH.What?????????Seriuously? Biar betik she replying me today? So terharu. Dia ucap thanks and terharu dengan video aku.Tapi actually aku lagi terharu dia boleh reply mesej aku pada hari tu juga THANKS ZAWANAH.

Hhhmmm lepas ni tak de da orang yang sudi layan aku bila aku stress study. Tak de da orang yang boleh jawab soalan-soalan aku masa aku attachment. Tak de da orang yang sudi panggil aku darling. Apa-apa pun kita STILL KAWAN KAN WANA? Oklah Wana pun mesti dah nak tido.Dia mesti penat. 

SELAMAT PENGANTIN BARU ZAWANAH. Ni aku nak bebel sikit ni. 

To Zawanah...
Ko dah jadi isteri orang.Syurga ko dah berpindah dari ibu ko kepada suami ko. So apa-apa lepas ni suami is number one.Yes memang susah untuk kita nak tukar dari ibu yang dah besarkan kita kepada seseorang yang  baru je berapa bulan or tahun kita kenal. Tapi itula hakikatnya. Gembirakan suami ko setiap masa. Biar penat macam mana jangan pernah abaikan tanggungjawab ko sebagai isteri. Masak tu kalau boleh biar air tangan ko.Tak dapat nak wat setiap hari seminggu sekali pun jadilah.Apa-apa masalah or tak puasa hati bincang elok-elok. Janagn diammmmmm jak sampai husband ko pun tak tahu apa silap dia.Tambahkan sentiasa ilmu di dada sebab ko bakal dapat anak.Didikan pertama untuk anak-anak ko adalah dari ko sendiiri.So kalau ko nak anak ko banyak ilmu ko yang kena banyak ilmu dulu. Tapi lepas kahwin ni jangan jadi orang yang terlalu bergantung harap dengan suami.Be independent women. Apa yang ko mampu wat sendiri ko wat la sendiri. Mudahkan suami ko.Hhhmm ni jak kot. Aku ni cakap macam ni takut plak nanti aku yang tak dapat apply kan dalam hidup aku,..

To Zawanah's Husband(sorry tak ingat nama).....
Awak bertuah dapat isteri sebaik Zawanah. Sepanjang saya kenal isteri awak dia seorang kawan dan anak yang baik.Dia cuba sedaya upaya untuk menggembirakan orang di sekeliling dia. So memang confirm 100% dia akan menggembirakan awak.Even dia tak berjaya menggembirakan awak satu hari nanti tapi percaya dia TELAH BERUSAHA KE ARAH ITU. So tolonglah jangan buat dia sedih. Dia sebelum ni happy dengan kehidupan dia.Harapnya lepas kahwin ni hidup dia bertambah happy. Please be  someone yang betul-betul boleh jaga dia. Jaga dia di dunia dan akhirat. Jadi seseorang yang mampu buat dia senyum setiap hari sama ada di dunia dan akhirat. Kalau ada masalah or silap dia tegur elok-elok. Awak doktor so bermakna awak seorang yang bijak pandai. Jadi awak mesti pandai menyelesaikan setiap masalah yang akan datang.Lastly tolonglah jadilalh suami yang terbaik buat Zawanah Zarifah ,ayah yang baik buat anak-anak Zawanah Zarifah dan ketua keluarga yang baik buat keluarga Zawanah Zarifah kerana saya yakin Allah telah mengirimkan awak dalam hidup dia kerana awaklah yang terbaik buat Zawanah Zarifah. 

Wana.... macam mau menitik air mata ku tulis benda ni. Semoga ko bahagia ya kawanku. Nah hadiah untuk ko




Wana try your best to be ISTERI SOLEHAH k

Friday, November 28, 2014

Aku nak BIHUN GORENG bukan SUUN GORENG

Today was 28 November 2014. Hhmmm hari ni bangun lambat lagi. Tapi ok sikitlah. Tak de la lambat bebenor macam semalam. Tak pe positive thinking. Everyday be much more better k cik yam oiii.

Dah la bangun lambat bangun-bangun je terus pikir nak makan. Hhmm nak makan apa eh? Roti dah habis  semalam sebab nak habiskan yang da berkulat tu.Aku pun tak tahu la kenapa la roti tu cepat sangat berkulat. Baru je kot beli semalam. So pikir punya pikir I decided to make some bihun goreng. For Malaysian I'm sure u know very well what is call BIHUN GORENG. So aku pun dengan penuh semangat pergila cari bihun goreng kat kabinet. Yyeayyy jumpa satu plastik da terbuka. Mungkin housemate aq kot yang buka semalam. So guna tu jelah. So sambil-sambil rendam tu g la cuci muka, solat duha ckit minta kat Allah tambah kan kerajinan dalam diri ni. Rspecially rajin study. Minta je tapi tak berusaha tak guna juga cik yam oiii.

So dah siap solat dan siap kemas katil aq pun dengan semangatnya pergilah masak bihun goreng. Tengah masak air plak tak de. Letrik ada tapi air yang x de. Ish Egypt ni. Tahu la hari ni korang nak wat rusuhan tapi janganlah babitkan air atau pun kami yang tak bersalah ini. tak pe pergi cari air dalam botol. Walaupun susah macam mana nak juga masak. Kalau bab makan sangat aku aplikasikan peribahasa "hendak seribu daya tak hendak seribu dalih".Kan bagus kalau bab study pun aku pegang peribahasa ni. 

Dengan ada sikit rasa diri ni seperti Chef Wan (perasan lebih-lebih la plak) aku pun dengan penuh senyuman menggoreng bihun aku. tapi pelik apasal makin aku goreng bihun ni makin liat. Then I start to think and talk to myself "jap ni bihun ke suun?Mampus.Dah la ni suun housemte aku." Aku pun reda je la.Asal boleh makan sudah.

Habis masak g wasep kat osmet suruh makan tapi bukan bihun goreng la tapi SUUN GORENG. Sedih hati ini. Hhmm ni nak kahwin? kang laki suruh masak bihun goreng ko g masak suun goreng. Memang kena cerailah. Orang zaman sekarang ni bahaya sikit.Tambah-tambah yang tak tahu agama.Dia ingat cerai tu benda suka-suka. Salah sikit pun dah nak cerai. Isteri pasang lampu kena cerai. Isteri  tak masak sahur kena cerai. Aq ni walaupun tak kahwin lagi tapi aku tahu yang CERAI ADALAH BENDA HALAL YAN PALING DI BENCI ALLAH tau. Ish geram tengok lelaki yang cerai sebab alasan yang tak munasabah. JangaKAN munasabah, munasarawak pun tidak ok. GERAMMMM

Okla berbalik pada suun goreng aku tu aku pun makan jelah. Even nafsu aku nak makan bihun goreng tak lepas tapi at least aku ada makanan. Bukan macam orang yang kat tempat kekurangan makanan. Bersyukur masih di beri nikmat boleh makan dan ada makanan.Ada orang ada makanan tapi tak boleh makan macam orang yang tengah sakit. Boleh minum susu je. Ada plak orang boleh makan tapi tak de makanan macam orang kat Somalia. BERSYUKUR CIK YAM OIII.

Tapi tak pe Allah still love me.Dia tak penuhkan hasrat aku nak makan bihun goreng tapi dia penuhkan hasrat kau nak cari BUKU CATATAN MAT LUTFI. Kakak aku kata nanti lepas dia balik dari kursus kat Kundansang dia try cari kan kat pesta buku kat KK.Hopefully rezeki aku lah nak dapatkan buku tu. Bukan apa buku tu very famous you know. So takutla kalau lambat mesti habis stok. Sapa yang ada rezeki tu g la cari buku tu. Ada ka sapa2 tak kenal Mat LutfiKkalau ada mean awak memang seorang yang bukan layan FB dan YOU TUBE. Tahniah anda lah orang yang saya cari di zamaN moden ni tidak terpedaya dengan FB dan YOU TUBE.

OKla dah azan. Jum solat Zohor.Hari  ni Jumaat amalkan surah Kahfi k.Banyak kelebihan dia. Aku tak reti sangat nak cerita satu-satu kelebihan dia tapi aku yakin tak kan rugi punnya kalau kita baca surah ni. Inshaa Allah jadi pendinding untuk kita dari fitnah dajjal dan hari kita akan di rahmati sehingga next Jumaat inshaa Allah.yang penting baca kerana Allah.



haaa ni baru bihun goreng



Tengok macam tak de bezakan between bihun and suun goreng. That's why I made that mistake


Haaa ni la dia mat lutfi. Aku pilih video ni sebab sangat lucu. Banyak lagi video dia.Korang search la sendiri


Ni buku dia.Hopefully tertulis la di luh mahfz buku ni jadi milik aku

esok kita story lagi k.....

Thursday, November 27, 2014

Hospital Tawau (First Day)

Kawan: Asal mana?
Aku:     Sabah.
Kawan: Sabah kat mana ?
Aku:      Tawau.
Kawan: Oooo so nanti nak buat HO kat hospital Sabah lah?
Aku:      Mestilah.Lagi best kalau dapat kat hospital Tawau.



Itulah tempat kerja idaman aku.Bukan saja hospital tu terletak di tanah kelahiran aku, tapi aku dah ada pengalaman kat situ.Bukan pengalaman kerja kat sana tapi pengalaman sebagai pelawat dan sebagai student.Haaaaaaaa kalau korang ingat lagi post aku pasal buat attachment dekat Hospital Tawau tu.(kalau nak tahu bolehlah pegi post ni).So kali ni aku nak cerita a little bit detaillah pasal posting aku kat sana.


HOSPITAL BESAR TAWAU SABAH

Ok, aku start posting kat sana 11 September 2012.Masa dapat surat kelulusan tu punya happy dan excited.Hanya Allah je yang tahu.So hari pertama tu dapat tahu, before daftar diri dengan ketua department which is ACCIDENT AND EMERGENCY DEPARTMENT (A&E)  kena pergi office dulu nak ambil surat dan jumpa dengan Pengarah Hospital.Kebetulan pulak masa tu Pengarah cuti.So kena shift dengan Timbalan Pengarah yang pada masa tu ada dalam meeting.So jawapannya kenalah tunggu Timbalan Pengarah tu habis meeting.Semua tempat dalan office tu dan semua bahan aku dah baca to fill my time waiting for Timbalan Pengarah Hospital.Dalam tunggu punya tunggu tu it seem I know the boy sit kat depan dewan tu.Lahhhhhhh SHAMIR DARMANSHAH rupanya.Senior aku kat Mesir tapi dia kat Universiti Ain Sham lah.Kiranya senior aku as a medical student kat Egypt.Dia pun ambil A&E.So aku ada teman.


Yang ni Universiti aku, UNIVERSITI MANSURAH


Yang ni Universiti Shamir tu UNIVERSITI AIN SHAMS

Habis je Timbalan Pengarah meeting beliau terus give some taklimat kat kami.Dia bagi tahulah apa yang boleh dan tak boleh kalau nak posting kat situ.Lepas tu kami pun dibawa berjumpa dengan Ketua Department.Dr Nor Hanan.Orang Kelantan.(aku ni kan kat mana-mana aku berada orang Kelantan mesti ada).So dia pun minta one of HO yang ada kat situ buat simple round dekat A&E tu.Dr Zaimi pun bawalah kami round dari tempat triage sampailah ke bilik minor OT(tapi sayang tak berpeluang masuk bilik minor OT).

Staff of A&E in grey

Lepas habis round, doktor suruh pandai-pandai bawa diri (nak jadi doktor memang kena pandai bawa diri).So aku pun pergilah kat red zone.Tetiba kena  tegur oleh MO,Dr Ainey "why you are not wearing your lab coat?".Hanya mampu tersenyum.First day tak tahu apa-apa lagi.Main masuk je.Anggap hospital tu bapak aku yang punya.Suddenly dengar MA nak pergi Klinik Balung.Nak buat intubation.MO offer me to join the team.What????Tak terfikir pun nak join masuk ambulance.Dahlah baru first day.Takkan dah nak masuk ambulance.Balung pulak tu.Kalau kenderaan biasa dan tak sesak take time dalam 1 jam juga nak sampai dari Hospital Tawau.Tanpa berfikir panjang I take that opportunity.Masa nak pergi ambil phone dalam beg seorang doktor menyapa "awak boleh join ambulance tapi awak tahu sendiri kan macam mana ambulance tu (aku faham je maksud doktor tu kelajuan ambulance yang memang boleh bawa maut) so segala risiko awak tanggung sendiri".Tanpa berfikir dua kali aku terus say "YES IT'S MY OWN RESPONSIBILITY".Apa lagi meluru masuk lah aku dalam ambulance.


Never dreaming being a part of them.

As a student, aku ingat aku akan duduk belakang tapi ahli team suruh aku duduk kat depan.Peeeerrrggghhh aku kalau boleh tak nak duduk depan sebab kalau duduk depan ni nampak sangat tahap kelajuan kereta.Lagi-lagi aku tak boleh bila ambulance tu even dekat macam mana pun dengan kereta kat depan dia still bawa dalam 180-200km/hour.Aku rasa macam ambulance tu nak langgar je kereta-kereta yang kat depan tu.Dah lah masa driver tu bawa laju nak mampus dorang dengan selamba je borak pasal kemalangan kat jalan yang kami tengah lalui tu.Punya dasyat tragedi kemalangan tu aku dengar dari dorang dan punca utama LAJU.Wwaagggghhhh dah lah time tu driver tu bawa ambulance bapak laju.Cerita dorang tu buat aku betul-betul cuak.Memang mengucap lah aku panjang-panjang.


Aku rasa macam jalan raya tu milik kami seorang je.

Tak sampai 30 minit kami dah sampai kat Klinik Balung tu.Biasanya macam aku cakap tadi ambil masa dalam 1 jam juga baru boleh sampai.Best giler.Bila traffic jam semua kereta bagi laluan.Peeerrggghhh seronok giler.Masa kami sampai tu rupa-rupanya HO kat situ dah lebih kurang 3 jam dalam usaha nak intubate patient tapi tak berjaya sebab tak de tube yang sesuai.Patient tu menghidap TB.(nanti ada masa aku cerita bahaya tak bahayanya penyakit TB ni).Tengah-tengah MA intubate patient tu HO yang kat klinik tu tanya"awak ke HO?"Dengan muka malu-malu aku pun menidakkan.Wow aku ni ada muka HO rupanya.Aminnnnnnn.Akhirnya tak sampai 10 minit patient tu dah berjaya di intubate.So sekarag proses nak bawa patient tu balik ke Hospital Tawau.Sama macam masa pergi tadi.Rasa seram sejuk je aku dalam ambulance tu.Laju nak mampus.


Basically this is how we intubate patient.

Sampai di Hospital Tawau aku pun serahkanlah history report pada MO.Then seorang MA dengan penuh ceria menyatakan aku ni adalah HO yang join team dorang.Hhehehehe semua orang gelak.Hhhmm rasa malu pun ada tapi tak kisah sangat malah rasa seronok sebab even aku baru beberapa jam kat situ dorang dah boleh bawa aku bergurau.Dorang memang semua ramah,supportive dan sporting.


Amboiiii bukan main lagi dorang gelakkan aku.

Tepat pukul 3 petang pertukaran shift.So aku kena berjumpa dengan HO dan MO dan semua staff yang baru.Aku pun di perkenalkan dengan MO yang baru yang akan manage aku.Doctor Alice.Dia doktor cina,so kami pun berkenalanlah secara ringkas.Dia kata dia takkan bagi aku buat apa-apa procedure dulu untuk minggu pertama.Sedihhhhhhhhhhhh.Tapi untuk minggu kedua dan ketiga mungkin aku akan di beri peluang dan memang betul,aku start buat macam-macam procedure dalam minggu kedua.Aku ada kenangan manis dengan doktor ni.Kenangan kena marah.Doktor tu tanya aku macam-macam soalan yang semestinya aku tak tahu.Yalah, dahlah hari first.Tak masuk tahun klinikal lagi.Memang zero lah.So dia pun membebellah kat aku.Paling aku ingat dia marah sangat bila aku tak dapat jawab pasal ACUTE CORONARY SYNDROME (ACS).Macam nak menitik je air mata aku masa dia membebel tu.So dia pun bagi lah aku homework untuk tahu pasal syndrome tu dan apa-apa yang basic dekat A&E tu.


Sikit je lagi air mata aku nak menitik.

So aku pun balik rumah dengan penuh rasa penat dan sedih sebab kena bebel.Bila balik rumah search punya search rupa-rupanya ACS tu aku dah belajar.Cuma istilah yang dorang guna tu tak sama dengan yang kami guna kat Egypt.Kat Egypt aku belajar angina pectoris dan myocardial infarction.Rupa-rupanya itulah yang dorang maksudkan ACS tu.Kalau aku tahu mesti aku boleh jawab punya (walaupun banyak dah fakta aku dah lupa.Balasan kalau belajar sebab nak exam)


Early presentation of ACS

Hhhmm itu jelah pengalaman aku untuk first day.Sebenarnya ada banyak lagi experience yang nak share macam set branula, ambil darah, toilet and suture(jahit luka), dressing (cuci luka) dan macam-macam lagilah.Tapi pengalaman ni hanya sesuai untuk tatapan para studemt je.Kalau yang dah bergelar doktor tu tak hairan pun dengan pengalaman aku ni.Tapi tu nanti-nantilah aku cerita.Inshaa Allah ada rezeki kita borak pulak pengalaman untuk hari seterusnya.Bye bye hopefully you enjoy this story.


Hopefully sangat dapat jadi DOKTOR MUSLIMAH yang berjaya dan hebat untuk ISLAM.Pray for me.