Tuesday, June 24, 2014

ana bolehkah?

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
Salam semua.Lama yang teramat tak update blog.Tetiba pulak nak update.Pelik waktu ada masa free tak nak update.Time musim-time exam ni jugalah nak update.Macamlah diri tu pandai sangat.Hahaha=).Itulah ana.Kadang-kadang rasa diri ni tak layak pun ambil bidang medic.Tapi ana yakin dengan aturan Allah.Mungkin Allah dah letak rezeki ana kat bidang ni terima jelah.Walaupun tak berminat.Ok macam yang ana cakap tadi sekarang ni musim exam.So agak-agaknya apa yang ana nak tulis.ana rasa dari lirik lagu yang ana tulis kat atas ni confirmlah ana nak cerita pasal exam.Hari ini ana baru je habis duduk exam Anatomy.Dua hari lepas exam Physiology(hancur paper ana untuk Physiology.Dahlah lambat datang.Tapi tak apa.Ana tak salahkan sapa-sapa pun ana lambat datang.Bukannya kawan ana tu nak lambat pun.O ya sebennarnya kelambatan ana ke dewan exam sebab menunggu sahabat ana.)Ana sangat bersyukur pada Allah sebab ana sangat ditolong oleh Allah untuk exam kali ni.Ana ni sebenarnya bukannya rajin pun.Tapi Allah telah buka hati ana untuk rajin kali ni.Paling ana bersyukur ialah bila ana dapat bangun awal setiap hari.Alhamduillah.Syukran jazilan ya Allah.

ada rupa ana tak?
 Ok.Menyetuh pada lirik di atas tu dia ada kata:
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melmakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Ana nak para pembaca(terima kasih yang tak terhingga sudi membaca) fikir ayat ni.Dia kata apa yang kita fikirkan menentukan sama ada kita boleh atau tidak.So macam mana pulak dengan ana?Semasa ana menjawab soalan Physiology hari tu terus terang ana katakan ana rasa jawapan ana 70 % betul.tapi bila ana check balik tak sampai 65% pun(perasan sorang-sorang rupanya ana yang jawapan ana tu betul).so?Ada tak sapa-sapa yang boleh jawab untuk ana persoalan ni?Ana sangat suka lagu ni sebab ana memang seorang yang suka fikir ana boleh.tapi kali ni ana ada perasaan yang lagu ni menipu ana.
Setelah ana kaji balik memang lagu ni betul.Perkara yang membuat ana rasa lagu ni betul ialah kejayaan ana untuk bangun awal setiap hari(ana mempunyai syndrome susah bangun awal).Sebelum ini ana memang yakin yang ana dapat bangun awal sebelum tidur.Namun sejauh mana pergantungan ana pada Allah?Ana tiada baca doa sebelum tidur, tiada baca ayat tiga Qul, tiada baca doa khas supaya Allah menolong ana.Di sini ana ingin menyatakan bahawa bila pergantungan ana pada Allah tinggi, keyakinan ana untuk berjaya dalam sesuatu benda yang ana lakukan sangat tinggi.Ana yakin yang AllaH akan menolong ana.Ana fikir yang Allah tu maha kuasa so Dia pasti dapat jayakan apa yang ana usahakan.Sama juga dalam exam.Alhamdulillah ana rasa ana dapat menjawab soalan Anatomy dengan baik berbanding Physiology.Ana rasa mungkin ana ada terdetik di dalam hati ana benda yang tak baik semasa ana menjawab Physiology.
So sekarang ni ana ingin mengajak para pembaca sekalian letakkanlah pergantungan kita pada Allah.Insya Allah kita akan berjaya.Bila kita letakkan pergantungan kita pada Allah 100% dan fikir dengan pergantungan pada Allah lah para pembaca akan berjaya ana confirm para pembaca akan berjaya.kan kalau kita fikir kita berjaya kita akan berjaya.Kalau ada yang tidak berjaya juga.Muhasabahlah diri kita.Pasti ada sesuatu yang membuatkan Allah yang tidak sudi membiarkan kita meletakkan pergantungan kita pada-Nya.Nauzu billah.Minta-minta kita di jauhkan dari itu.Semoga Allah sentiasa bersama kita.
Di sini ana ada satu ilmu yang ingin di kongsi.Ana dapat ilmu ni dari Ustaz Muhd Kazim Elias(ana tak tau ejaan yang betul).Beliau pernah menyampaikan ceramah.Beliau menyatakan bahawa Rasulullah apabila bangun dari tidur selain membaca doa bangun dari tidur Baginda juga membaca

sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal.Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi seraya berakat ya tuhan kami tidakla engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia maha suci engkau lindungilah kami dari azab neraka
Surah ali imran ayat 190 dan 191
So selepas ni sama-samalah kita amalkan ayat ni.

p/s untuk kawan-kawan seperjuangan selamat berjuang untuk dua kertas lagi.GOOD LUCK.REMEMBER ALWAYS THINK YOU CAN DO IT ALTHOUGH YOU NOT READ ALL THE BOOKS YET.

No comments:

Post a Comment